Wednesday, November 14, 2012

Tawaran Biasiswa Maxis Untuk Ijazah

Assalamualaikum dah lama tak update pasal biasiswa ni, semalam ada orang SMS Jal dia kata Maxis ada buka tawaran biasiswa sekarang untuk pelajar pascasiswazah dan pelajar ijazah, so hari ni Jal nak sharekan dekat semua berkenaan biasiswa untuk pelajar ijazah.
  • Kelayakan
    • Pemohon atau ibu bapa pemohon adalah pengguna pelan post paid maxis untuk minimum setahun
    • Pemohon mesti berumur bawah 23 tahun 
    • Pemohon mesti sudah mendapat tawaran atau diterima di universiti dalam atau luar negara
    • Pemohon yang masih berada di tahun pertama atau kedua juga boleh memohon
    • Pemohon mesti memperolehi keputusan akademik:
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) : 6A
      • Atau salah satu :
        • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) : minimum 3A @
        • Asasi/Matrikulasi/Diploma : CGPA 3.5 atau lebih @
        • A level : minimum 3A
      • Pelajar tahun pertama dan tahun kedua mesti memperoleh CGPA 3.5 dan keatas
    • Pemohon juga mesti:
      • Boleh bertutur dan menulis bahasa inggeris dengan baik
      • Cemerlang dalam aktiviti kokorikulum
      • Mempunyai bakat memimpin
  • Keperluan Untuk Memohon
    • Pemohon mesti menyediakan dokumen-dokumen berikut berbentu soft copy dan maxis tidak akan menerima dalam bentuk hard copy:
      • Bukti umur dan langganan maxis : Sijil lahir, Kad pengenalan dan bil terbaru plan postpaid maxis
      • Transkrip akademik
      • Surat tawaran universiti
      • Resume/Dokumen kokorikulum
  • Tarikh-Tarikh Penting
    • Pemohonan- 1 November sehingga 10 Disember 2012
    • Temuduga Pertama- Januari 2013
    • Temuduga Kedua- Februari 2013
    • Pengumuman calon yang berjaya dan majlis penyampaian- Mac @ April 2013
Untuk pengetahuan semua maklumat yang Jal sertakan dalam ni adalah seringkasnya, untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web maxis. Manakala untuk memohon anda boleh klik sini >>> Maxis Scholarship

Untuk sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen dibawah.

No comments:

Post a Comment