Sunday, November 4, 2012

SPM dan Soalan Bocor tidak relevan

Menulis bedasarkan pengalaman!!

Apa macam SPM dah nak start besok, ada yang menggeletar tak, mesti ada yang tak leh tidur malam ni kan, jangan macam tu badan kita perlukan rehat cuba juga untuk tidur dan tenangkan diri tu jangan gelabah sesangat. 

Perlu ke soalan bocor, sampai penuh keyword blog ni dengan soalan bocor SPM, tak perlu lah, sebab semua yang korang belajar untuk dua tahun tu jugak lah yang akan keluar, tak de nya nak keluar soalan exam Universiti kot. 
Sedikit tip dari Jal : jangan kejarkan banyaknya A, tapi larikan diri dari G!!

Faham tak?? lets Jal bagi contoh situasi yang sebenar : Jal SPM tahun 2010, ada sorang class mate Jal cemerlang habis, banyak subjek dalam kelas dia boleh score A, tapi dua subjek jer yang selalunya G, so masa SPM sebenar memang kami dah jangka result dia macam mana 8A2G cantik tak kalau result macam tu. 

So sekarang Universiti dia tak masuk, Matrik @ Asasi tak lepas, STPM pun tak(sebab tak apply kot), Poli pon tak dapat, yang dia dapat IKM, see what dua G hancur segalanya. Kalau laki mungkin ok lagi tapi sebab dia perempuan saingan dah macam haiwan berebut kan makanan.

Tapi kalau anda pasti boleh straight A, teruskan just nak kasi tahu even Jal tak straight A tapi kesemua 4A jal A+ dan tak de yang gagal. Hasilnya sekarang Jal tengah buat ijazah dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya.

SPM bukanlah segalanya, tetapi segalanya perlukan SPM

5 comments:

  1. jal dapat berapa SPM aritu..kompom gempak.

    ReplyDelete
  2. Yup, larikan diri dari G.
    Kalo tak, kat sijil takkan dicetak gred G tuh hehehe :P

    ReplyDelete
  3. Pesanan dari seorang yang berpengalaman :)

    Kira Jal masih baru lagi la dan masih muda..

    Akak amik SPM tahun 2001 ha :)

    ReplyDelete